Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan

Diploma Rekabentuk Grafik

Diploma In Graphics Design

DIPLOMA IN GRAPHIC DESIGN

(MQA/FA 0408)(R2/213/4/0275)04/2026

Tempoh Pengajian : 3 Tahun

Maklumat Utama

Program Rekabentuk Grafik memberi fokus kepada pembelajaran dan pengajaran secara teori dan praktikal, dimana penekanan terhadap kemahiran professional, asas teori yang kukuh, dan asas pembelajaran dalam membimbing pelajar, terutamanya didalam pembangunan dan kematangan mereka didalam aspek kreativiti dan juga kemahiran teknikal. Penekanan terhadap kemahiran pembembelajaran konsep dan kemahiran untuk menghasilkan rekabanetuk grafik berbantukan computer, rekabentuk halaman sesawang, sunttingan video dan juga ilustrasi. Setiap semester merangkumi 14 minggu kuliah.

Penggunaan perisian computer adalah diterapkan sepanjang pembelajaran, seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe After Effect, Adobe InDesign, 3DMax, Flash dan lain-lain lagi.Perisisan-perisian yang digunakan adalah perisian yang digunapakai dalam industry rekabentuk grafik dan juga di seluruh dunia. Pembahagian pembelajaran didalam kelas dibahagikan kepada 3 komponen:

  • Kuliah
  • Sesi Kritikan
  • Pembentangan Projek

Didalam sesi kuliah Rekabentuk Grafik, ianya merangkumi pelbagai aspek dari segi rekabentuk, teknikal dan juga teori. Sepanjang semester, pelajar akan didedahkan dengan isu-isu dengan pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan isu rekabentuk, dan akan dibimbing untuk mencari penyelesaian permasalahan itu sepanjang minggu pembelajaran. Pada sesi kritikan, pembangunan untuk setiap projek akan diberi perhatian sepenuhnya dengan bimbingan pensyarah. Pada peringkat-peringkat tertentu, setiap pojek akan dibentangkan, dibincangkan dan akan dinilaikan gred mengikut pendekatan pelajar didalam mencari penyelesaian berkaitan dengan isu rekabentuk yang diberi. Pelajar akan diajar dengan pelbagai kemahiran, termasuklah didalam rekabentuk 3D, fotografi, ‘typography’, editorial, penerbitan desktop, ilustrasi, rekabentuk pembungkusan, penjenamaan, pemasaran, dan pelbagai lagi.

Syarat Kemasukan

✅ Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setara dengannya ; ATAU

✅ Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran, atau yang setara dengannya; ATAU

✅ Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul dalam mana-mana subjek , atau yang setara dengannya ATAU

✅ Lulus SKM Tahap 3 / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang yang bersesuaian; (Nota : PPT hendaklah menjalankan saringan dan menyediakan program pengukuhan bagi memenuhi kriteria kursus ini ) ATAU

✅ Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00 atau setara dengannya; ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; DAN

✅ Lulus temu duga atau penyerahan portfolio yang ditentukan oleh Kolej UNITI mengikut keperluan.

 Tempoh Pengajian : 3 Tahun

Peluang Menyambung Pelajaran

Graduan didalam Diploma Rekabentuk Produk berpluang untuk meneruskan pembelajaran mereka pada peringkat ijazah yang berkaitan seperti:

  • Rekabentuk Industri
  • Rekabentuk Automotif
  • Animasi 3D
  • Senibina (Hisan Dalaman)
  • Senireka Grafik
  • Penghasilan dan Kejuruteraan Rekabentuk Produk

Peluang Kerjaya

Antara peluang kerjaya didalam bidang ini adalah:

  • Pengarah Seni (Art Director)
  • Pengurus Seni Produksi (Art Production Manager)
  • Pemaju Identiti Jenama (Brand Identity Developer)
  • Pemgilustrasi
  • Pemaju Imej Visual (Visual Image Developer)
  • Perekabentuk Laman Sesawang (Web Designer)
  • Jurufoto (Photographer)
  • Artis Layout (Layout Artist)
  • Perekabentuk Flash (Flash Designer)
  • Perekabentuk Pembungkusan (Packaging Designer)
  • Jurnalis Visual (Visual Journalist)
  • Editor Video
  • Usahawan

Struktur Program

✅ Basic Drawing
✅ Digital Illustration
✅ History Of Art And Design
✅ Technical Drawing
✅ Color Theory
✅ 3D Graphic Design
✅ English For Academic Purpose I

✅ Interactive Multimedia Design
✅ Graphic Design Technology
✅ Typography
✅ Web Design
✅ 3D & Animation
✅ Malaysian Art History
✅ English for Academic Purpose II
✅ Pengajian Malaysia

✅ Sequential Art (Comic & Storyboarding)
✅ Design Elements And Principles I
✅ Desktop Publishing
✅ Philosophy of Graphic Design
✅ 3D Drawing
✅ English for Academic Purpose III
✅ Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif
✅ Bahasa Kebangsaan

✅ Packaging Design
✅ Digital Photography
✅ Brand Management
✅ Advertising and Communication
✅ Workshop Portfolio I
✅ Etika dan Moral Malaysia

✅ Design Elements and Principles II
✅ Design Marketing and Management
✅ Workshop Portfolio II
✅ Brand Strategy and Development
✅ Khidmat Sosial

✅Latihan Praktikal

Brosur Program

Jom Kita Dengar Pengalaman Alumni Kolej UNITI

AGENSI AKREDITASI

No.Ruj MQA : FA 0408
No.Ruj KPT :(R2/213/4/0275) 04/2026

Tempoh Pengajian : 3 Tahun