Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan
Diploma Teknologi Maklumat
Diploma in Information Technology
Diploma in Information Technology
(MQA/A 9161)(R/481/4/0297)(09/2028)
Maklumat Program Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Teknologi Maklumat Kolej UNITI adalah bidang yang sangat relevan dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja. Diploma ini menyediakan asas yang kukuh untuk memulakan kerjaya dalam industri yang berkembang pesat dan sentiasa berdaya saing untuk membangunkan negara seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari kursus-kursus seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Keselamatan Komputer dan rangkaian, Aplikasi mudah alih dan lain-lain dengan menggunakan perisian komputer terkini berdasarkan keperluan semasa dalam bidang Teknologi Maklumat.
MENGAPA PROGRAM DIT KOLEJ UNITI MESTI MENJADI PILIHAN?
✅ Pelajar didedahkan kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) di mana ia adalah teknologi yang semakin berkembang dalam industri masa kini.
✅ Pelajar akan belajar bahasa pengaturcaraan seperti Java, C++, dan JavaScript, yang diperlukan dalam pembangunan sistem, aplikasi, dan automasi.
✅ Mempelajari konsep rangkaian komputer, firewall, enkripsi data, dan teknik keselamatan siber untuk melindungi data dan sistem daripada ancaman luar.
✅ Kursus ini menekankan projek praktikal dan latihan industri, membolehkan pelajar mengaplikasikan teori kepada situasi sebenar.
✅ Graduan diploma IT sentiasa diperlukan dalam sektor kerajaan, syarikat teknologi, perbankan, dan boleh juga bekerja sebagai freelancer atau membangunkan perniagaan sendiri.
✅ Setelah tamat diploma, pelajar boleh menyambung ke Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Data Sains, atau Keselamatan Siber.
✅ Diploma in IT ini turut menawarkan pensijilan dalam Linux sebagai nilai tambah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pentadbiran sistem dan perkomputeran awan.



Syarat Kemasukan
✅ Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 mata pelajaran termasuk Matematik , atau setara dengan nya; ATAU
✅ Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
✅ Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul (Lulus) dan kredit dalan mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
✅ Lulus SKM Tahap 3, dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
✅Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF) dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.
Peluang Menyambung Pelajaran
Pelajar lepasan Diploma in IT System Support (DITSS) berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan di universiti-universiti tempatan atau antarabangsa seperti:
🔸 Teknologi Rangkaian
🔸 Sains Komputer
🔸 Teknologi Maklumat
🔸 Kejuruteraan Komputer
🔸 Keselamatan Rangkaian
🔸 Keselamatan Sistem Komputer
🔸Pendidikan (Komputer/Teknologi Maklumat)
Peluang Kerjaya
Pelajar lepasan DITSS juga berpeluang untuk bekerja di dalam bidang yang berkaitan seperti:
🔸 Eksekutif Sokongan IT,
🔸 Juruteknik Komputer,
🔸 Pembantu Jurutera Sokongan IT,
🔸 Pembantu Jurutera Rangkaian,
🔸 Pembangun IT
🔸 Juruteknik Rangkaian
🔸 Sistem/Juruteknik Sokongan
🔸 Pegawai ICT
🔸 Pakar Bantuan IT
Struktur Program
✅ Calculus and Algebra
✅ Computer Programming
✅ Computer Architecture and Organization Information Management Technology
✅ Foundation English
✅ Penghayatan Etika dan Peradaban
✅ Discrete Mathematics
✅ Data Communication and Networking
✅ Database Modelling
✅ Object Oriented Programming
✅ Intermediate English
✅ Bahasa Kebangsaan
✅ Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif
✅ Statistic and Probability
✅ Data Structure
✅ Operating System
✅ Web Development and Mobile Application
✅ User Experience Design
✅ Kursus Integriti dan Antirasuah
✅ Cloud Computing
✅ Computer Hardware Technology
✅ Cybersecurity
✅ System Analysis and Design
✅ Professional Communication
✅ Khidmat Sosial
✅ Kokurikulum 1a (Asas Fardhu Ain)
✅ Kokurikulum 1b (Kemahiran Profesional)
✅ Internet of Things
✅ Ethics and Legal in Computing
✅ Final Year Project
✅ Multimedia System
✅ Digital Electronics
✅ Artificial Inteligence
✅ Entrepreneurship
✅ Kokurikulum 2a (Asas Al-Quran dan Tajwid)
✅ Kokurikulum 2b (Badminton)
✅ Latihan Industri
Jom Kita Dengar Pengalaman Alumni Kolej UNITI








































AGENSI AKREDITASI
No.Ruj MQA : A 9161
No.Ruj KPT :(R3/0611/4/0017) 09/2028
Tempoh Pengajian : 3 Tahun
